Thursday, April 29, 2010

Pengarah filem lucah mahu bertanding

Pengarah filem lucah mahu bertanding - kosmo


ARROWSMITH


LONDON - Seorang pengarah filem lucah, Anna Arrowsmith mengumumkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Britain pada pilihan raya akan datang, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita itu yang menguruskan agensi filem porno Easy on the Eye, menyatakan bahawa dia akan bertanding atas tiket Parti Liberal Demokrat di Gravesham, Kent.
Arrowsmith, 38, ialah pengarah filem lucah wanita pertama di Britain dan telah menerbitkan lebih 300 filem porno selain dinamakan pengarah terbaik Anugerah Filem dan Televisyen Dewasa Britain pada 2008 dan 2009.
Wanita itu yang memiliki ijazah sarjana muda Seni Halus dan Sarjana Falsafah berkata, dia bertanding untuk membersihkan politik Britain daripada pelbagai skandal terutamanya kontroversi tuntutan perbelanjaan melampau di kalangan anggota Parlimen.
"Kepada penduduk Kent, saya berharap anda tidak menilai saya berdasarkan kerja saya. Saya melibatkan diri dalam industri filem lucah untuk menjadikan filem itu lebih mesra wanita," kata Arrowsmith.
"Pada era ini, orang ramai yang hidup dalam masyarakat demokrasi sepatutnya diberi pilihan untuk menonton apa yang mereka mahu," tambahnya. - Agensi

Wednesday, April 28, 2010

9 premis gajet seks diserbu - kosmo



ZAINAL memeriksa pelbagai jenis gajet seks dan ubat tenaga batin yang diragui dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan premis seks di sini, Subang Jaya dan Johor Bahru diserbu semalam atas dakwaan menjual gajet-gajet seks. Operasi itu berakhir dengan tiga buah kedai diarah tutup serta-merta.
Hasil rampasan daripada ketiga-tiga premis itu melebihi RM120,000.
Tindakan itu membuktikan anggapan sesetengah pegawai kerajaan khususnya daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kononnya mereka tidak dapat bertindak atas alasan pengusaha premis terbabit tidak melakukan kesalahan kerana menjual cenderamata, adalah salah.

Tuesday, April 27, 2010

Pelancong diminta tak berbogel

Pelancong diminta tak berbogel - kosmo


GAMBAR fail menunjukkan seorang pelancong berjalan di pantai Baga, Goa pada 14 Mac 2008.


PANAJI - Pegawai-pegawai pelancongan India di kawasan peranginan Goa mula menyebar risalah kepada pelancong asing bagi meminta mereka tidak berbogel semasa berjemur dan berpakaian singkat di tempat awam.
Tindakan ini bermula apabila seorang wakil rakyat Goa mendakwa pelancong-pelancong Rusia merosakkan minda penduduk setempat dan memberi gambaran kurang enak kepada kanak-kanak sekolah dengan berkeliaran sambil berbogel.
Goa yang merupakan bekas tanah jajahan Portugal itu menjadi daya tarikan pelancong luar kerana pantai pasirnya yang panjang, penganjuran parti dari petang sehingga pagi dan gaya hidup bersantai.
Risalah panduan itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan Rusia.
Penggunaan dua bahasa itu ialah kerana warga Britain dan Rusia merupakan majoriti daripada 400,000 pelancong asing setiap tahun di Goa.
Satu risalah berbahasa Jerman sedang dalam perancangan untuk dicetak. - AFP

Saturday, April 24, 2010

Pelajar 14 tahun jadi penari bogel - kosmo


SOMERSET - Para pengunjung lelaki di kelab tarian lucah Shadow Lounge di sini begitu asyik memerhatikan seorang gadis di bawah pengaruh alkohol beraksi tanpa menyedari dia cuma berusia 14 tahun, lapor sebuah akhbar semalam
Gadis bawah umur itu turut melakukan tarian tiang dengan cuma memakai coli, seluar dalam dan stoking sambil diperhatikan dua wartawan akhbar The Sun.
Dia turut menawarkan khidmat tarian bogel di sebuah bilik khas dengan bayaran tambahan £20 (RM100) manakala pelanggan yang membayar £80 (RM402) dapat menyaksikannya melakukan tarian khas.
"Anda mesti mahu tahu," katanya apabila ditanya oleh salah seorang wartawan itu tentang keistimewaan tarian khas itu.
Gadis tersebut yang dirahsiakan identitinya ditemani oleh seorang rakan wanita yang juga berusia 14 tahun semasa bekerja di kelab berkenaan.
Ketika ditanya berhubung usianya oleh wartawan tersebut yang menyamar sebagai pelanggan, penari cilik itu cuba berbohong dengan menyatakan dia berusia 18 tahun.
Apabila soalan sama ditanya 30 minit kemudian, gadis itu mendakwa usianya ialah 19 tahun.
Namun siasatan awal oleh dua wartawan itu mendapati gadis itu berusia 14 tahun dan masih bersekolah.
"Ia menjijikkan, saya ingat dia bermalam di rumah rakannya," kata ibu penari itu apabila dia diberitahu berhubung aktiviti gelap anaknya.
Pihak polis ketika dihubungi pula berkata, mereka telah menerima aduan berhubung seorang gadis bawah umur mencari kerja di sebuah kelab tarian lucah dan kini merayu maklumat orang ramai untuk melengkapkan siasatan.
Undang-undang Britain melarang remaja bawah 18 tahun daripada bekerja di kelab tarian bogel. - Agensi