Pelancong diminta tak berbogel - kosmo

GAMBAR fail menunjukkan seorang pelancong berjalan di pantai Baga, Goa pada 14 Mac 2008.
PANAJI - Pegawai-pegawai pelancongan India di kawasan peranginan Goa mula menyebar risalah kepada pelancong asing bagi meminta mereka tidak berbogel semasa berjemur dan berpakaian singkat di tempat awam.
Tindakan ini bermula apabila seorang wakil rakyat Goa mendakwa pelancong-pelancong Rusia merosakkan minda penduduk setempat dan memberi gambaran kurang enak kepada kanak-kanak sekolah dengan berkeliaran sambil berbogel.
Goa yang merupakan bekas tanah jajahan Portugal itu menjadi daya tarikan pelancong luar kerana pantai pasirnya yang panjang, penganjuran parti dari petang sehingga pagi dan gaya hidup bersantai.
Risalah panduan itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan Rusia.
Penggunaan dua bahasa itu ialah kerana warga Britain dan Rusia merupakan majoriti daripada 400,000 pelancong asing setiap tahun di Goa.
Satu risalah berbahasa Jerman sedang dalam perancangan untuk dicetak. - AFP
No comments:
Post a Comment